
Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang Supt Fakharuddin Amri Sanusi berkata serbuan pada 2 petang itu dijalankan bersama Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT).
“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori bonded lima tan itu mendapati 206 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM131,650 selain merampas lori tersebut yang dianggarkan bernilai RM80,000.
“Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun kerana gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit penyimpanan bahan letupan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.