
Badan itu dalam kenyataan berkata, ahli lembaga pengarahnya memutuskan wang denda akan disumbangkan kepada badan kebajikan akan diputuskan kelak.
Katanya, kelab itu juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT dan MFL yang jumlahnya akan ditentukan dua pihak terbabit.
“Keputusan lain adalah pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.
“Perlawanan Liga Super melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton,” katanya.
Bulan lalu, Selangor FC memutuskan ‘tidak akan hadir’ dalam perlawanan menentang JDT itu selepas MFL menolak permohonan mereka menunda tarikh asal perlawanan atas alasan ‘faktor keselamatan’.
Pasukan itu membuat keputusan berkenaan selepas penelitian dan perbincangan terperinci mengambil kira insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukannya.
Permohonan Selangor FC itu susulan insiden malang menimpa tonggak utamanya Faisal Halim yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, 5 Mei lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat, selain pergerakan dan percakapannya ketika ini turut terbatas akibat insiden berkenaan.