Kerjasama Malaysia-syarikat antarabangsa bangun sistem saluran, pembentungan termaju

Kerjasama Malaysia-syarikat antarabangsa bangun sistem saluran, pembentungan termaju

Kerjasama babit MALTT dengan 5Elem Hi-Tech Corporation Technology Co Ltd dan NordiTube Technologies SE.

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) Tengku Zafrul Aziz menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Persatuan Teknologi Saliran Trenchless Malaysia (MALTT) dan 5Elem Hi-Tech Corporation Technology Co. (Gambar MALTT)
PETALING JAYA:
Persatuan Teknologi Saliran Trenchless Malaysia (MALTT) menjalinkan kerjasama dengan dua syarikat antarabangsa untuk melaksanakan teknologi baharu pembetungan dan pemulihan saluran paip.

Kerjasama dengan 5Elem Hi-Tech Corporation Technology Co Ltd dari China yang memiliki NordiTube Technologies SE dari Belgium itu dimeterai ketika lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia, baru-baru ini.

Ia disaksikan Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) Tengku Zafrul Aziz.

Presiden MALTT Hamidah Osman berkata berkata kerjasama itu penting untuk membawa teknologi sistem saluran dan pembentungan termaju tanpa perparitan terbuka di seluruh negara menerusi pemindahan teknologi dari 5Elem.

“Teknologi itu direka untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemulihan saluran paip, memastikan perkhidmatan air dan pembetungan mampan dan boleh dipercayai pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden 5ELEM Yuehua Sua berkata pihaknya teruja bekerjasama dengan MALTT untuk menambah baik kemudahan pembetungan di Malaysia.

“Teknologi kami telah membantu beberapa projek antarabangsa dan kami yakin boleh beri manfaat di Malaysia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.