2 rakan lemas di Pantai Kuala Muda

2 rakan lemas di Pantai Kuala Muda

Mangsa dikenali Ho Wei Keat, 26, dan Lim You Yi, 14, lemas ketika mandi di pantai itu bersama rakan mereka.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat, kata pemangku Ketua Polis Seberang Perai Utara Zulkeflee Sulaiman. (Gambar Freepik)
KEPALA BATAS:
Dua lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Muda di sini hari ini, kata pemangku Ketua Polis Seberang Perai Utara Zulkeflee Sulaiman.

Beliau berkata mangsa dikenali Ho Wei Keat, 26, dan Lim You Yi, 14, lemas ketika mandi di pantai itu bersama rakan mereka.

“Sekumpulan 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripadanya dilaporkan hilang kira-kira 5 petang tadi.

“Berikutan itu, pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum mayat pertama iaitu Ho ditemukan pada 6.50 petang manakala mayat kedua pula dijumpai 7.30 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.