
Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mangsa yang juga anggota bomba di Pulau Pinang, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, ditemukan oleh orang awam kira-kira 12.15 tengah hari.
“Semenara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) adik mangsa, Ahmad Nuruddin Ab Wahab, 21, masih diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan hingga 10km di sepanjang pesisir pantai.
“Operasi digerakkan sejak petang semalam melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim),” katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Kandis, hari ini.
Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Badrul dan Nurruddin dipercayai ke pantai berkenaan untuk berkelah bersama 20 ahli keluarga lain dari Pasir Puteh.