Doktor disyaki cabul remaja bebas dengan jaminan polis

Doktor disyaki cabul remaja bebas dengan jaminan polis

Doktor tersebut ditahan Rabu lepas selepas dipercayai terbabit dalam kes cabul seorang remaja berusia 15 tahun.

Hafezul Helmi Hamzah
Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata, setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah memberitahu Bernama, setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan.

Semalam dilaporkan seorang doktor ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes cabul seorang remaja pada Selasa lepas.

Menurut Hafezul, doktor itu ditahan pada Rabu selepas mangsa membuat laporan mendakwa diganggu secara seksual ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan sebuah hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.