Dua mabuk baling pasu ke balai polis dicari

Dua mabuk baling pasu ke balai polis dicari

Sebelum itu anggota polis menegur sekumpulan lelaki bermotosikal yang tidak menggunakan topi keledar.

aa-anbalagan-
Dua individu membaling pasu ke arah Balai Polis Serdang pada 6.30 pagi tadi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Berang ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar, dua individu yang mabuk bertindak nekad membaling pasu tembikar ke arah Balai Polis Serdang pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Serdang, AA Anbalagan dalam kenyataan berkata tiada anggota polis yang cedera dalam kejadian 6.30 pagi itu.

Semasa kejadian, dua suspek yang menaiki sebuah motosikal berhenti di hadapan balai polis dan ketika seorang daripada anggota polis yang bertugas bertanyakan tujuan mereka, pembonceng membaling pasu ke arah pagar dan kemudian melarikan diri.

“Motif kejadian disyaki kerana tidak berpuas hati susulan pada 2.30 pagi, anggota yang bertugas telah menegur sekumpulan lelaki bermotosikal yang tidak menggunakan topi keledar di persimpangan lampu isyarat kira-kira 20 meter dari balai berkenaan,” katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi IPD Serdang menerusi talian 03-80742222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.