Pokok tumbang hempap 3 kereta di Bukit Sentosa

Pokok tumbang hempap 3 kereta di Bukit Sentosa

Sebuah Proton Wira dan 2 Perodua MyVi dihempap oleh pokok tumbang itu, namun tiada mangsa terlibat, kata bomba.

pokok tumbang
Sebatang pokok tumbang dan menghempap tiga buah kereta di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, petang tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebatang pokok tumbang dan menghempap tiga kenderaan di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 4.59 petang.

Sejurus menerima laporan, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 8km dari balai itu.

“Sebatang pokok telah tumbang dan menghempap tiga buah kereta, iaitu sebuah Proton Wira dan dua buah Perodua MyVi,

“Kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Menurut pihak bomba Selangor, kerja-kerja memotong serta mengalihkan pokok sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.