
Harith berkata, komedi kebiasaannya cerminan kepada isu kemasyarakatan. Perkara mungkin dilihat tidak kontroversi sebelum ini, boleh menjadi sensitif kemudian hari, tambahnya.
Katanya, beliau sendiri juga perlu menghentikan beberapa rutin yang dipentaskan lima tahun lalu.
“Komediri adalah jenaka adalah tentang konteks pada ketika itu.
“Dan premis bahawa ia mungkin mengundang hilai tawa kepada saya, mungkin tidak memberi kesan sama kepada saya hari ini,” katanya kepada FMT.
Harith mengulas pembatalan saat akhir persembahan oleh pelawak Singapura, Sharul Channa, susulan laporan polis berkait klip video dalam komediri pada 2018, yang didakwa menyentuh 3R (agama, agama, dan raja).
Video pada 2018, sedutan daripada Comedy Central: Stand Up Asia 2, menunjukkan Sharul bercakap mengenai pihak berkuasa Malaysia menghantar ‘polis kandungan’ untuk memastikan persembahannya tidak menyentuh alkohol atau anjing.
Harith berkata, beliau menghormati keperluan mengekalkan keharmonian dan ketenteraman, namun membatalkan persembahan Sharul ‘cukup membimbangkan’.
Katanya, berbanding menghukum artis kerana persembahan mereka terdahulu, pihak berkuasa perlu mewujudkan garis panduan dan memupuk persekitaran di mana pelawak boleh memahami dan menelusuri sensitiviti semasa tanpa bimbang akan dikenakan tindakan.
“Menuju ke depan, kita mesti berusaha mencari pendekatan adil mengiktiraf seni lalu, selain menggalakkan kebertanggungjawaban dan hormat konteks humor hari ini,” katanya sambil menyuarakan komedi mempunyai kuasa menyatukan orang ramai dan mempromosi persefahaman.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, berkata pembatalan saat akhir persembahan Sharul bertentangan dengan pendirian Putrajaya menjadikan Lembah Klang hab seni dan persembahan.
Lee berkata, pembatalan berkenaan juga mencetuskan reaksi bahawa persembahan secara langsung boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa, selepas polis menerima laporan terhadap artis tertentu.