
Dzulkefly berkata, daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 55 projek naik taraf kesihatan berjalan di Sabah dengan kos RM21.5 juta.
Projek-projek itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk di negeri itu, katanya.
“Kita pastikan ia disiapkan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, tiga lagi projek sakit di Sabah bawah Kementerian Kesihatan (KKM) telah dikenal pasti, iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Sikuati di Kudat serta naik taraf Hospital Papar dan Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tambunan.