Pesawat ringan terhempas, 2 disahkan selamat

Pesawat ringan terhempas, 2 disahkan selamat

Pesawat ringan bagi tujuan latihan itu dilaporkan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai pagi tadi.

Kejadian pesawat ringan yang terhempas di Sungkai pagi tadi melibatkan dua mangsa yang telah dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.
IPOH:
Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

“Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.

Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.

Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.