Tol percuma 8, 9 April sempena Aidilfitri

Tol percuma 8, 9 April sempena Aidilfitri

Inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM 37.6 juta.

Pengecualian tol akan dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam 8 April dan berakhir pada 11.59 malam keesokannya.
PETALING JAYA:
Kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma di semua lebuh raya pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri.

Pemberian tol percuma membabitkan kenderaan kelas 1 (persendirian) itu akan dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam 8 April dan berakhir pada 11.59 malam keesokannya.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM37.6 juta.

Bagaimanapun, pengecualian itu tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Nanta juga menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan sewajarnya dan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan dengan memuat turun aplikasi MyPLUS-TTA.

“Menerusi aplikasi ini, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan mengaktifkan “smart lanes” di 18 lokasi di lebuh raya PLUS bagi mengurangkan kesesakan kritikal dan melancarkan aliran trafik.

“Dapatkan rehat yang secukupnya dan pastikan kad Touch ‘n Go dan eWallets anda mempunyai baki yang mencukupi. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.