
Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak, berkata ia susulan pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Lau Weng San, berhubung kekosongan luar jangka DUN itu berikutan kematian penyandang, Lee Kee Hiong pada 21 Mac.
“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut berlaku dan disahkan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.
Tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincang dan diputuskan.
Ikmalrudin berkata, sidang media akan diadakan selepas mesyuarat khas berkenaan.