
Menurut laporan Harian Metro, anggota polis berpangkat koperal itu ditemui tidak sedarkan diri di pangsapuri di Taman Impian Indah pada jam kira-kira 3 pagi.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 34 tahun adalah anggota polis yang masih berkhidmat di Kontinjen Kuala Lumpur.
“Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan berada di lokasi semasa kejadian.
“Kes masih dalam siasatan dan kita belum mengenal pasti suspek,” katanya.
Hussein berkata punca kematian mangsa hanya akan dikenal pasti selepas selesai proses bedah siasat.
Anggota polis itu berasal dari Kuching, Sarawak dan mayat mangsa akan dibawa pulang ke kampung halaman selepas proses bedah siasat selesai.