Syarikat mahu tuntut RM500,000 dijumpai dalam bagasi

Syarikat mahu tuntut RM500,000 dijumpai dalam bagasi

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata siasatan akan dijalankan bagi memastikan wang itu benar milik penuntut.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata laporan polis telah dibuat syarikat itu di Shah Alam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebuah syarikat mendakwa wang tunai RM500,000 dalam bagasi ditemui pengawal keselamatan semalam di pusat beli- belah dekat Damansara, milik mereka.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima satu laporan dibuat di Shah Alam oleh syarikat itu.

“Laporan polis sudah dibuat di mana dikatakan wang itu adalah milik syarikat.

“Jadi, siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit,” katanya kepada Berita Harian.

Terdahulu, Hussein berkata pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan berusia 30-an berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada 8 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen.

Katanya, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.