Kerajaan tawar CSA pada Hamzah, dakwa Ahli Parlimen PN

Kerajaan tawar CSA pada Hamzah, dakwa Ahli Parlimen PN

Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor dakwa perjanjian ditawarkan itu buka peluang kepada wakil rakyat pembangkang terima peruntukan.

Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor menyuarakan kebimbangan syarat dikenakan dalam perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA).
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor mendakwa kerajaan “menawarkan” Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA).

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) berkata, jika ditandatangan ia bakal memberi peluang kepada Ahli Parlimen menerima peruntukan khas bagi pembangunan kawasan yang menjadi tuntutan pembangkang selama ini.

“Sudah ada tawaran tandatangan untuk menyokong. Ada syarat-syaratnya. Kalau cakap macam itu (beri sahaja peruntukan) tidak mengapa, masalahnya ada syaratnya. Kalau syaratnya ketat bagaimana?” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

November lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Beliau mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu berunding bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof terlebih dahulu berhubung peruntukan pembangunan kawasan.

Pada 13 Sept 2021, kerajaan pusat dan Pakatan Harapan (PH) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Ketika itu, PH dalam blok pembangkang dengan perjanjian dimeterai ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.