Annuar pelawa Rafizi, Umno rangka hala tuju baharu negara

Annuar pelawa Rafizi, Umno rangka hala tuju baharu negara

Annuar Musa mencadangkan semua entiti pembangkang termasuk IPR pimpinan Muhyiddin Yassin dan gerakan Reset Hamzah Zainudin ketepi perbezaan demi agenda lebih besar.

annuar musa
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa, berkata parti dan pemimpin pembangkang mempunyai titik persamaan meskipun terdapat perbezaan.
PETALING JAYA:
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa menyeru parti pembangkang mengadakan perbincangan bersama Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan komponen kerajaan perpaduan, Umno, bagi merangka hala tuju baharu negara.

Dalam kenyataan, Annuar berkata semua pihak tersebut mempunyai titik persamaan walaupun wujud perbezaan.

Beliau mengambil maklum Rafizi dan rakannya, Ahli Parlimen PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, bakal mengumumkan ‘hala tuju politik’ baharu pada Ahad ini, manakala Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pula melancarkan gerakan Reset selepas dipecat Bersatu, pada Februari lalu.

Annuar berkata, selain itu Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) pimpinan Muhyiddin Yassin, sebuah pakatan pembangkang longgar yang merangkumi komponen Perikatan Nasional (PN) serta pihak lain di luar gabungan berkenaan seperti Berjasa, Pejuang, Muda, dan Urimai.

“Sekretariat Orang Melayu (Dr Mahathir Mohamad) ada usaha kearah penyatuan Melayu. 5.Umno juga banyak bercakap tentang perpaduan dan penyatuan Melayu. PN mahukan penyatuan Ummah.

“Saya mencadangkan semua kita duduk semeja dan melakar ‘roadmap’ baharu untuk negara,” kata bekas setiausaha agung Umno itu.

Hamzah dan Muhyiddin sengit berseteru sejak perebutan kepimpinan mereka dalam Bersatu, membawa pemecatan Ahli Parlimen Larut itu daripada parti.

Di satu pihak yang lain pula, Rafizi pula berselisih faham dengan kepimpinan PKR dan kerajaan selepas tewas pada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR dan meletak jawatan sebagai menteri ekonomi tahun lalu.

Sementara itu, Umno dan PAS berlawan meskipun pernah membentuk pakatan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini, yang terbantut selepas PAS membentuk PN, bersama Bersatu.

Umno menuduh PAS mengkhianati pakatan mereka, manakala PAS bertegas mahu membawa masuk Bersatu dalam MN sebagai sebahagian agenda ‘penyatuan ummah’.

PRU 2022 menyaksikan Parlimen tergantung, di mana Umno mengetuai Barisan Nasional (BN) menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sekali gus membentuk kerajaan perpaduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.