
Perdana menteri berkata, peruntukan tambahan itu susulan pencapaian Mitra, khasnya dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat India miskin dan masih terpinggir.
“Kalau tanya saya apakah (peruntukan) RM100 juta cukup, tidak.
“Oleh kerana suku akhir ini prestasi Mitra baik, saya setuju mulai tahun ini kita tambah jadi RM150 juta,” katanya dalam majlis ramah mesra bersama mahasiswa India di Universiti Malaya.
Beliau berkata, kerajaan akan terus mempertahankan prinsip keadilan sosial tanpa mengira kaum atau latar belakang rakyat.
Tegasnya, bantuan kerajaan, termasuk program membasmi kemiskinan tegar tidak pernah berasaskan kaum semata-mata, sebaliknya diberikan kepada semua rakyat memerlukan.
BERITA LANJUT MENYUSUL