PN perlu tingkat penerangan di media sosial, kata Wan Saiful

PN perlu tingkat penerangan di media sosial, kata Wan Saiful

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata PN mesti memperkukuh capaian penerangan dalam media sosial.

Wan Saiful Wan Jan berkata Perikatan Nasional masih belum cukup efektif dalam menyebarluaskan apa yang gabungan itu buat kepada rakyat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) digesa melipatgandakan usaha bagi memberi penerangan di media sosial mengenai usaha-usaha yang dibuat oleh parti itu kepada rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata sebenarnya wakil rakyat PN amat giat menjaga kebajikan rakyat dan membawa suara rakyat ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Bagaimanapun, kita masih belum cukup efektif dalam menyebarluaskan apa yang kita buat kepada rakyat sehingga ada yang merasakan seolah-olah kita tidak bekerja, kerana maklumat mengenai kerja kita tidak sampai kepada mereka.

“PN mesti memperkukuh capaian penerangan dalam media sosial, sambil meneruskan usaha untuk mendapatkan liputan lebih luas dalam media tradisional,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Katanya, walaupun momentum rakyat semakin kuat terhadap PN tetapi gabungan itu perlu terus membina momentum terutama ke arah pilihan raya umum akan datang.

“Penyampaian maklumat yang kerap dan tepat adalah amat penting dalam usaha membina kekuatan itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.