
JaPen dalam kenyataan berkata tempoh itu juga untuk memastikan syarikat media itu beroperasi secara aktif dan sahih.
Menurutnya, selepas tempoh berkenaan, tempoh kelulusan yang diberikan adalah sama seperti ketegori lain.
Dalam pada itu, kad perakuan bagi media rasmi kerajaan dan media tempatan termasuk media dalam talian adalah dua tahun.
Bagaimanapun, bagi pengamal media antarabangsa berwarganegara Malaysia dilanjutkan setahun lagi, menjadikan tempoh sah dua tahun.
Menurut kenyataan itu, kad perakuan bagi pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan organisasi media ditetapkan setahun, yang mana tempoh itu juga terpakai kepada pengamal media antarabangsa bukan warganegara dan dalam lawatan jangka masa panjang.
“Tempoh sah laku ini akan berkuatkuasa serta merta.
“Pemegang kad perakuan media JaPen yang mempunyai tempoh sah laku masih aktif boleh membuat permohonan memperbaharui selepas tamat tempoh masing-masing,” katanya.