
Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkata, hampir 45% buku yang dilarang penerbitan dalam bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain.
Menurutnya, 781 bahan penerbitan dikenakan perintah larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dari 1998 hingga 2023.
“Akta ini telah dikuatkuasakan selama 40 tahun. Kita harus sedar perubahan zaman, sedangkan pada hari ini orang yang berniat jahat sudah tidak mencari sumber fizikal, tetapi berdasarkan sumber dalam talian.
“Tengok bahan lucah…online…buat provokasi 3R pun online…Malangnya kita masih cuba sekat sini sana untuk bahan percetakan,” katanya di Dewan Rakyat.
Wong berkata, larangan itu hanya memberi persepsi negatif penggunaan sesuatu bahasa sentiasa dipantau dan disekat pihak berkuasa.
“Maka, nanti akan ada orang yang membayangkan jika kita ingin mengajar ilmu pengetahuan atau berbincang lebih mendalam tentang isu falsafah, eloklah kita guna bahasa lain agar tidak disekat.
“Sudah tentu ia memudaratkan bahasa kebangsaan kita.”