Tak perlu apologetik dukung agenda Bumiputera, kata ahli ekonomi

Tak perlu apologetik dukung agenda Bumiputera, kata ahli ekonomi

Noor Azlan Ghazali berkata kerajaan bertanggungjawab memastikan agenda Bumiputera dilaksanakan dengan jaya.

Noor Azlan Ghazali berkata agenda Bumiputera tidak boleh ‘bermusim’ kerana sangat penting. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Masyarakat Bumiputera tidak perlu apologetik apabila mendukung agenda Bumiputera kerana ia termaktub dalam Perlembagaan, kata bekas pengarah eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi.

Noor Azlan Ghazali berkata kerajaan bertanggungjawab memastikan agenda yang sebahagian daripada Perlembagaan itu dilaksanakan dengan jaya.

“Jadi tak perlu ada apologetik, tak perlu. Jangan langsung ada sikap begitu kerana kita melihat kepada 70% penduduk negara ini. Sekiranya 70% itu berjaya, selesa, positif tentang kehidupan mereka, saya sangat yakin bahawa 30% lagi itu akan turut merasakan,” katanya di simposium kongres ekonomi Bumiputera.

Perkara 153 Perlembagaan menggariskan kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Noor Azlan menegaskan agenda ini sangat penting maka ianya tidak boleh bermusim.

“Yang kadang-kadang risau kita ialah ianya bermusim dan kemudian satu ketika nanti hilang, kemudian timbul balik.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.