
Mangsa Ho Ka Cheong, 66, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom Zainal Sinsianm berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan pegawai ke lokasi yang jaraknya 55 kilometer.
“Kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dihempap batu yang jatuh dari atas bukit dan terdapat seorang mangsa lelaki di dalam kereta berkenaan.
“Pasukan bomba yang menjalankan operasi terpaksa berhenti sebaik menempuh perjalanan sejauh 45 kilometer dan menaiki kenderaan orang awam sejauh 10 kilometer lagi untuk melalui jalan tidak berturap iaitu laluan lori balak untuk tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Harian Metro.
Katanya, sebaik tiba, operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan dan mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.