Mahu pulang ke Indonesia, wanita ‘reka cerita’ didera

Mahu pulang ke Indonesia, wanita ‘reka cerita’ didera

Siasatan ke atas wanita itu dan majikan mendapati tiada unsur penderaan berlaku.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata wakil kedutaan Indonesia juga telah ke lokasi kejadian bersama polis menyiasat dakwaan wanita itu.
JOHOR BAHRU:
Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya didera majikan telah diserahkan kepada pihak kedutaan bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata hal itu berikutan siasatan dan temu bual yang dijalankan terhadap kedua-dua pihak mendapati tiada sebarang unsur penderaan berlaku.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya telah menerima satu tangkap layar menerusi aplikasi TikTok semalam, pada kira-kira 10.30 pagi berhubung individu mendakwa dirinya didera.

“Video tular pada Isnin lepas yang memaparkan individu terbabit seorang wanita warga Indonesia menyatakan dirinya didera majikan semasa bekerja sebagai tukang bersih dan pembantu rumah jagaan.

“Susulan dari video itu ketua polis balai Taman Pelangi bersama wakil kedutaan Indonesia telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Raub berkata, hasil siasatan mendapati tiada unsur penderaan terjadi, sebaliknya tujuan wanita itu melakukan perkara tersebut adalah untuk pulang ke negara asalnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.