
Ketua Polis Julau, Andam Sulin, berkata penahanan ke atas suspek dibuat 6 petang pada 12 Feb, sehari selepas Sng membuat laporan berhubung kejadian.
Katanya, Sng mendakwa semasa beliau melawat kawasan Julau sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 11 Feb, empat suspek itu bercakap dengannya sambil menyatakan tidak berpuas hati dengan jumlah angpau diberikan.
Katanya, Sng kemudian bersetuju menambah jumlah angpau, namun suspek masih membuat provokasi terhadap pekerjanya.
“Hasil siasatan mendapati semua suspek dikatakan tidak berpuas hati disebabkan angpau yang diberikan oleh pengadu berisi RM5 saja.
“Suspek mengisikan angpau dengan duitnya sendiri berjumlah RM10 lalu memulangkannya kepada pengadu sebagai tanda tidak berpuas hati dan dipermalukan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, sehubungan itu semua suspek berkenaan direman tiga hari untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.