
Yayasan Peneraju ditubuhkan pada 2012 untuk membangunkan bakat Bumiputera itu berkata, ia menggunakan semula program pendidikan teknikal dan latihan vokasionalnya (TVET) untuk lebih tertumpu kepada sektor kepakaran, teknologi dan perkhidmatan perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani, berkata walaupun sebelum ini agensi itu menawarkan program berdasarkan profesion atau pekerjaan, ia kini menumpukan kepada menaik taraf dan melatih semula kemahiran bakat Bumiputera.
Katanya, usaha itu penting untuk memenuhi keperluan kedua-dua sektor tradisi dan berkembang dalam ekonomi.
Katanya, komuniti Bumiputera perlu memupuk tindak balas tangkas terhadap pelbagai cabaran sosioekonomi negara.
“Pendekatan baharu Yayasan Peneraju bertujuan memupuk tiga jenis pemimpin – pemimpin perniagaan, pemimpin profesional dan pemimpin sosial,” katanya dalam kenyataan.
“Matlamat akhirnya adalah untuk menangani isu lebih besar, (iaitu) penyertaan yang rendah dan kawalan ekonomi Bumiputera yang lemah.”
Beliau menyifatkan kewangan dan perkhidmatan perniagaan sebagai sektor lama, sementara peralihan tenaga dan sekuriti makanan antara sektor sedang berkembang yang kini menjadi tumpuan Yayasan Peneraju.
Sehingga kini, Yayasan Peneraju membiayai lebih 16,800 pelajar dalam program akademik sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, serta lebih 31,000 individu dalam program pensijilan TVET dan kemahiran tinggi.
Yayasan Peneraju turut membiayai lebih 11,000 individu dalam program pensijilan profesional bidang perkhidmatan perniagaan, kewangan dan perakaunan, serta lebih 7,000 dalam program pensijilan teknologi. Sementara itu, lebih 400 individu dibiayai untuk program pakar perubatan.
Tahun ini, agensi bawah Kementerian Ekonomi itu menyasarkan melatih semula dan meningkatkan kemahiran 6,000 individu.