2 maut kereta terbabas di Sipitang

2 maut kereta terbabas di Sipitang

Mangsa dikenali Norsiah Paie dan Mira Khairul masing-masing berusia lingkungan 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beberapa anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terbabas di Jalan SFI, Sipitang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua dilaporkan maut, manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta terbabas sebelum terbalik di Jalan Sabah Forest Industries (SFI), Sipitang, petang tadi.

Norsiah Paie dan Mira Khairul yang masing-masing dalam lingkungan 20 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery, berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.59 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Terdapat lima mangsa dengan dua daripadanya dikeluarkan orang awam dan dihantar ke Hospital Sipitang menggunakan ambulans.

“Tiga lagi mangsa tersepit dikeluarkan pasukan bomba. Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.