
Timbalan Ketua Polis Kuala Krai, Maizan Mustaffa, berkata ketika kejadian 10.55 pagi itu, lori terbabit dari arah Jalan Utama Kota Bharu-Gua Musang menghala ke Kampung Chenis, manakala motosikal ditunggang bapa saudara mangsa dalam perjalanan ke Bukit Pelampong.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa terlanggar bahagian kanan lori yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang juga pembonceng mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bapa saudara mangsa cedera ringan,” katanya.
Mayat dibawa ke unit forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik IPD Kuala Krai, atau menghubungi Pegawai Penyiasat Nurhasmira Tajol menerusi talian 09-9666222.