3 remaja disyaki lemas ketika mandi sungai

3 remaja disyaki lemas ketika mandi sungai

Semua mangsa berusia 14 dan 16 tahun itu pada mulanya datang ke sungai berkenaan untuk memancing.

Bomba berkata operasi mencari tiga remaja yang dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Sempit di Kampung Tanjung Batu, Segari, Perak sedang giat dijalankan. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Tiga remaja berusia 14 dan 16 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di sebatang sungai di Segari di Lumut Perak.

Komander Operasi dari Balai Bomba Pantai Remis, Muhammad Hanafi Mohamed Rasidi berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.26 petang.

Semua mangsa dipercayai datang ke Sungai Sempit di Kampung Tanjung Batu, Segari untuk memancing dan mandi.

Katanya, seramai enam anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dan gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan.

“Ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas ketika memancing dan mandi di sungai berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat semua mangsa itu sedang dijalankan,” katanya lapor Sinar Harian.

Difahamkan, dua mangsa dikenali sebagai Dharma, 14 dan Sarath, 16, manakala seorang lagi mangsa berusia 16 tahun belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.