KPM siasat dakwaan kertas sejarah SPM bocor

KPM siasat dakwaan kertas sejarah SPM bocor

Menteri pendidikan memberi jaminan siasatan terperinci terhadap dakwaan itu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tindakan sewajarnya akan diambil jika dakwaan kertas sejarah SPM bocor itu benar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tindakan sewajarnya akan diambil jika dakwaan itu benar.

“Namun, KPM mempunyai integriti cukup tinggi dalam mengawal ketat peperiksaan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Apa sahaja dakwaan, KPM akan siasat dan pada masa sama, saya minta anak-anak tidak diganggu dengan berita ini. Bagi mereka ruang fokus dengan kertas peperiksaan yang sedang mereka hadapi.

“Kami akan siasat secara terperinci dan mengambil penuh tanggungjawab ini,” katanya menurut Harian Metro selepas Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, Negeri Sembilan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.