
Azam berkata susulan itu tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.
Beliau berkata keputusan akhir mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.
“Kementerian Pendidikan memberi jaminan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.
Katanya, cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.
Selain itu, beliau berkata cadangan itu dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa.
Terdahulu hari ini, Azam yang dipetik Utusan Malaysia berkata pemakaian seragam sekolah akan diselaraskan tanpa ada lagi pelbagai warna mengikut sekolah sehingga membebankan ibu bapa untuk menyediakan keperluan itu.
Katanya, Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan kajian menyeluruh berhubung perkara itu sejak September lalu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan semua aspek berkaitan.
Bagaimanapun, Azam berkata, keputusan berkaitan pakaian seragam sekolah hanya dibuat selepas semua aspek diteliti rapi dan akan diumumkan selewat-lewatnya Ogos ini dan dijangka dilaksana pada 2027.