
Loke berkata, tempahan nombor pendaftaran istimewa itu boleh dibuat dalam sistem JPJeBid, bermula 1 hingga 5 Feb.
Katanya, langkah berkenaan membolehkan kementerian itu melaksanakan beberapa inisiatif seperti pemberian topi keledar kepada penunggang motosikal dan sumbangan kepada Perkeso bagi pemandu teksi.
Menurut Loke, hasil paling banyak direkod daripada siri nombor pendaftaran kira-kira RM35 juta, diperoleh menerusi tempahan siri “FF”.
“Sasaran kita bagi ‘GOLD’ untuk mengutip sebanyak yang boleh. Adalah lebih baik melepasi (jumlah pendapatan) daripada siri ‘FF’.
“Lebih tinggi (pendapatan), lebih banyak yang kita dapat buat untuk membantu rakyat,” katanya pada sidang media.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bakal dilantik Yang di-Pertuan Agong baharu merupakan pemegang nombor pendaftaran termahal menerusi FF 1, yang dibeli pada harga RM1.2 juta.