Tak bincang kekosongan jawatan, Loke ulas pertemuan dengan PM

Tak bincang kekosongan jawatan, Loke ulas pertemuan dengan PM

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook tidak dimaklumkan ada perubahan menteri.

anthony loke siew fook
Pertemuan antara Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berlangsung pada 2 petang. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengesahkan beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang tadi.

Beliau berkata pertemuan itu, yang berlangsung pada 2 petang, tidak membincangkan isu kekosongan jawatan menteri ekonomi serta menteri sumber asli dan kelestarian alam.

“Ya. Ada perjumpaan dengan perdana menteri pada 2 petang tadi. Itu sebab saya lewat. Saya tidak dimaklumkan ada perubahan menteri.

“Perdana menteri kata menteri pengangkutan kekal,” katanya sambil berseloroh.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan petugas logistik kebangsaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.