
Tertuduh, Chow Hon Heng, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan, menurut Harian Metro.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat di hadapan sebuah rumah dengan menyebabkan kebakaran serta kerosakan kepada pemilik kediaman.
Kesalahan dilakukan di Taman Duku Juru dalam daerah Seberang Perai Tengah, jam 4.45 pagi, 15 Oktober lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aini Yahya mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
Namun, tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara di Tapah, Perak bermula 29 November atas kesalahan sama merayu hukuman penjara serentak dengan hukuman sedia ada selain insaf dengan perbuatannya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 48 bulan dan denda RM5,000 terhadap tertuduh.
Jika gagal membayar denda, mahkamah mengarahkan hukuman penjara dinaikkan kepada enam bulan yang menjadikan keseluruhannya 54 bulan.
Tertuduh dilaporkan tidak membayar denda berkenaan.