
Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata, siasatan mendapati terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu, dengan laporan bomba juga mendapati terdapat kesan petrol di dalam rumah itu.
“Suspek dipercayai bertindak sendirian, (namun) motif sebenar suspek bertindak sedemikian belum diketahui kerana (dia) masih menerima rawatan di hospital,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata, polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya.
Pada 10 Dis, seorang wanita berusia lingkungan 50an dan anak angkat perempuannya berusia lima tahun rentung selepas terperangkap di dalam sebuah rumah di Taman Rathna.
Sementara itu, anak lelaki mangsa berusia lingkungan 20an cedera dihempap struktur bumbung yang runtuh.