
Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan permohonan reman hingga 25 Jan ini terhadap ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun bagi membolehkan siasatan bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, mereka yang berpakaian baju lokap SPRM tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini kira-kira 9.40 pagi diiringi pegawai SPRM.
Semalam, tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada “kartel perolehan” itu ditahan SPRM Johor di pejabat agensi itu kira-kira 6 petang.
Tangkapan terhadap ketiga-tiga individu terbabit dipercayai dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang kartel terbabit kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja pembinaan di kem berkenaan.