
Sumber berkata lelaki berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun itu ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 6 petang tadi.
Menurutnya, mereka ditahan kerana kerana disyaki membuat tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal menguruskan kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM.
“Jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.
“Pembayaran penuh telah dibuat walhal pembinaan masih belum siap dengan sempurna,” katanya.
Pengarah SPRM Johor Azmi Alias yang mengesahkan penahanan itu berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi mendapatkan permohonan reman.