Lelaki ditahan tumbuk bekas isteri

Lelaki ditahan tumbuk bekas isteri

Polis berkata suspek 37 tahun dan mangsa 42 tahun bertengkar akibat perselisihan faham.

Polis berkata suspek menumbuk dan memukul dagu bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk muka bekas isterinya dalam kejadian di Bombalai, Tawau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, suspek 37 tahun dan mangsa 42 tahun bertengkar akibat perselisihan faham.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, berkata sepasukan polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menumbuk bekas isterinya dan memukul dagunya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka.

“Pertengkaran berpanjangan punca suspek dan mangsa dalam keadaan di luar kawalan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.