
Remaja terbabit, dikatakan rakan sekolah mangsa, ditangkap pada 1.22 pagi tadi, susulan laporan oleh bapa mangsa.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada mangsa tidak mahu ikut suspek ponteng sekolah, menurut Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari.
Mangsa “dipukul berkali-kali di bahagian muka, dada dengan menggunakan helmet.”
Rakan-rakan suspek turut merakam kejadian tersebut dan video kejadian tular dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 dan di media sosial.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
“Jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan sehingga 10 tahun, denda atau sebatan,” kata polis.
Polis turut merampas topi keledar yang disyaki digunakan semasa kejadian.
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama menjaga kesejahteraan serta keharmonian.