
Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim mengesahkan kepada FMT bahawa polis telah membuat tangkapan, namun beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut pada masa ini.
Terdahulu, tular video dan laporan di platform media sosial X bahawa seorang lelaki dipercayai wartawan ditangkap cuba curi masuk ke pekarangan kediaman Amirudin di Shah Alam
Dalam laporan polis yang dibuatnya, pembantu Amirudin, Musa Zin berkata, beliau dimaklumkan bahawa seorang lelaki ditangkap cuba memasuki kediaman itu dengan bersembunyi di tempat duduk belakang kereta.
Suspek dipercayai tidak dibenarkan memasuki kediaman itu sebelum mencuba untuk masuk, menurut laporan itu.