Mohon maaf, cadangan Ngeh timbul kegusaran awam, kata Pemuda Bersatu

Mohon maaf, cadangan Ngeh timbul kegusaran awam, kata Pemuda Bersatu

Ketua Pemuda Bersatu mendesak penasihat DAP Perak itu menarik balik cadangan melantik pakar perlembagaan bukan Islam dalam jawatankuasa khas berkait undang-undang syariah.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, cadangan Ngeh Koo Ham itu dilihat sebagai permulaan campur tangan orang bukan Islam dalam urusan agama Islam.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Bersatu mendesak Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham menarik balik saranannya melantik seorang pakar perlembagaan bukan Islam dalam jawatankuasa khas berkait undang-undang syariah.

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, penasihat DAP Perak itu perlu memohon maaf secara terbuka kerana cadangannya menimbulkan kegusaran awam dan dilihat sebagai permulaan campur tangan orang bukan Islam dalam urusan agama Islam.

“Apakah Ngeh sedar cadangan beliau ini boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam di negara ini?

“Ngeh perlu menarik semula cadangan karut ini dan memohon maaf secara terbuka,” katanya mengulas cadangan Ngeh supaya seorang pakar perundangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Terdahulu, cadangan itu ditentang pemimpin Umno, antaranya Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pemimpin DAP itu “tidak berpijak di bumi nyata” dan cadangan berkenaan hanya mencetuskan polemik.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan daripada DAP pula menegaskan ahli jawatankuasa berkenaan sudah tentu akan membuat kajian secara objektif tanpa melangkau hak bukan Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.