Suami bunuh isteri didakwa

Suami bunuh isteri didakwa

Izzat Sat berdepan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan.

Izzat Saat didakwa membunuh isterinya Nurul Qurraisyia Zulkafli di sebuah rumah di Sungai Congkak, Shah Alam. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya.

Izzat Saat, 38, mengangguk selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Rosnan

Tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan untuk pertuduhan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Izzat didakwa membunuh Nurul Qurraisyia Zulkafli, 44, di sebuah rumah di Sungai Congkak, Shah Alam, antara 10.30 malam, 14 Dis hingga masa sama keesokan harinya.

Tertuduh didakwa mengikut Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Feb 2024 untuk sebutan seterusnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saidah Fasihah Che Yussoff manakala tertuduh diwakili Rezal Mazli Muin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.