
Berdasarkan laporan awal, mangsa dikenali Zubaidah Zakaria, 33, dan anak lelakinya, Uwais Rayyan Mohamad, 4, yang menaiki kereta Perodua Viva.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.37 pagi.
Menurutnya, susulan itu sebuah jentera dan sebuah unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan Endau dikejarkan ke lokasi.
“Mangsa tersepit dalam kereta terbabit dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.