Buruh maut tertimbus tanah di Lipis

Buruh maut tertimbus tanah di Lipis

Kejadian berlaku ketika mangsa Khairul Anam, 28, bekerja di tapak Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (SCR).

Seorang buruh binaan maut maut tertimbus tanah di tapak Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (SCR) dalam kejadian di Lipis pagi tadi.
PETALING JAYA:
Seorang buruh binaan maut tertimbus tanah di tapak Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (SCR) yang terletak di Kampung Berembang dekat Padang Tengku, Lipis pagi tadi.

Dalam kejadian 11.15 pagi tadi, mangsa yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia, Khairul Anam, 28, dikatakan baru lima bulan bekerja di tapak projek terbabit.

Ketua Polis Lipis, Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku ketika mangsa turun ke kawasan longkang untuk mengukur kedalamannya selepas jengkaut dihentikan untuk kerja penggalian.

“Secara tiba-tiba tanah menggelungsur lalu menimbus mangsa. Ada tiga pekerja lain yang berada di situ segera turun membantu dan mengorek tanah tertimbus lebih kurang 15 minit dan membawa mangsa naik ke atas.

“Pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi, mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat,” katanya menurut Berita Harian.

Sementara itu, ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis, Ariffa Mamat, berkata mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan rakan sekerjanya dengan menggunakan jentera berat.

“Seramai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di tempat kejadian turut membantu mengeluarkan mangsa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.