1 maut, 6 hilang tanah runtuh di Sabah

1 maut, 6 hilang tanah runtuh di Sabah

JBPM Sabah berkata 11 mangsa terbabit dalam kejadian itu, dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

Orang ramai tidak digalakkan ke tempat kejadian kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga. (Gambar JBPM)
KOTA KINABALU:
Seorang maut, manakala enam masih hilang dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah ketika dihubungi memaklumkan, keseluruhan 11 mangsa terbabit dalam kejadian itu, dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pada 10.02 pagi tadi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba ke lokasi pada 10.24 pagi.

“Seorang mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat. Mangsa yang meninggal dunia disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti dan akan dikemas kini selepas ini.”

Orang ramai tidak digalakkan ke tempat kejadian kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.