
Bercakap kepada FMT, bekas ketua penerangan Umno itu mendakwa tindakan berkenaan dibuat Presiden Zahid Hamidi pada mesyuarat MKT, Rabu lalu.
“Tiada guna saya merayu kerana keputusan telah dibuat oleh presiden Umno tanpa melalui Lembaga Disiplin,” katanya.
Berdasarkan surat pemecatan bertarikh 8 Dis ditandatangani Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki, Isham dipecat berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan Umno.
Ini kerana tindakannya yang melanggar etika ahli Umno.
Susulan kekalahan Umno pada PRK Kemaman, minggu lalu, Isham melancarkan kritikan terhadap pimpinan Umno yang mendakwa parti itu terus menerima penolakan orang Melayu kerana sudah tersasar daripada memperjuangkan Melayu dan Islam.
Beliau turut mendakwa ada pemimpin parti itu rela menjadi “barua” DAP dan memprotes kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya.
Isham menang jawatan MKT pada pemilihan parti Mac lalu dengan mendapat 101 undi.