RASMI: PAS pertahan Kemaman dengan majoriti lebih kukuh

RASMI: PAS pertahan Kemaman dengan majoriti lebih kukuh

PAS meraih majoriti 37,220 undi kali ini mengatasi 27,179 undian yang diperoleh pada PRU15.

Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili PN dan Affandi Raja Mohamed Noor mewakili BN bertembung untuk merebut Parlimen Kemaman. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
PAS mempertahankan Parlimen Kemanan dengan majoriti lebih kuat pada pilihan raya kali ini berbanding pada PRU15.

Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga menteri besar Terengganu, meraih 64,998 undi pada PRK Kemaman, meninggalkan calon Barisan Nasional yang terpaksa berpuas hati dengan 27,778 undi.

Ini bermakna PAS meraih majoriti 37,220 undi pada pilihan raya ini, mengatasi 27,179 undian yang diperoleh pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan wakil Perikatan Nasional itu pada 10.10 malam tadi di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman.

Samsuri dicabar oleh BN yang mempertaruhkan bekas panglima angkatan tentera, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dalam pertandingan satu lawan satu.

SPR memaklumkan seramai 141,043 pengundi layak memilih, dengan kira-kira 65.7% pengundian direkodkan. Sebanyak 428 undi ditolak dan 35 kertas undi tidak dikembalikan

PRK diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.