
Sebanyak 49 pusat mengundi dengan 244 saluran dibuka, sejak 8.00 pagi tadi.
Ia melibatkan pusat mengundi di empat kawasan Dewan Undangan Negeri di Parlimen berkenaan iaitu Kemasik, Kijal, Chukai, dan Air Putih, yang akan ditutup pada 6 petang ini sebaik tamat tempoh mengundi.
Seramai 141,043 pengundi layak memilih pada PRK berkenaan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili PAS.
PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada PRU15.