
Mahkamah itu, yang sebelum ini dijadualkan memberikan keputusannya esok, tidak memberi sebarang alasan bagi penangguhan itu.
Tarikh baharu untuk keputusan itu akan ditetapkan esok.
Mahkamah Tinggi pada 2021 mensabitkan Isa atas sembilan tuduhan rasuah melibatkan penerimaan habuan RM3.09 juta berkaitan pembelian hotel di Kuching pada 2014.
Wang itu dibayar ahli perniagaan Sarawak, Ikhwan Zaidel kepada Isa kerana meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites oleh Felda Investment Corporation.
Isa dihukum penjara enam tahun dan denda RM15.4 juta bagi kesalahan itu.
Mahkamah Rayuan mendengar hujahan peguam Isa dan pihak pendakwaan pada 16 Okt lalu.