Kelantan terima RM40 juta bayaran wang ihsan setakat ini

Kelantan terima RM40 juta bayaran wang ihsan setakat ini

Sementera itu, kerajaan Kelantan menerima RM331.38 juta wang ihsan tahun lepas, menurut menteri besar.

Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud berkata, pihaknya masih pada peringkat rundingan untuk mendapatkan baki bayaran wang ihsan untuk tahun ini. (Gambar UPKN)
KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan setakat ini hanya menerima RM40 juta bayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat berbanding RM331.38 juta tahun lalu, kata Menteri Besar Nassuruddin Daud.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan Rozi Mohamad (PAS-Tendong) berhubung jumlah wang ihsan yang disalurkan kerajaan pusat kepada Kelantan sejak 2020 sehingga kini.

“Untuk bayaran wang ihsan, pada 2020, kita mendapat sebanyak RM190.85 juta; pada 2021 RM201.04 juta; tahun lepas kita mendapat RM331.38 juta dan bagi tahun ini, RM40 juta setakat ini,” katanya pada sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim.

“Pihak kerajaan negeri masih pada peringkat rundingan untuk mendapatkan bayaran wang ihsan tersebut, bersama-samalah kita berdoa mudah-mudahan baki wang ihsan dapat diberi (menjelang) hujung tahun ini.”

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (PAS-Pulau Chondong) mengenai tindakan susulan dan usaha kerajaan negeri berhubung isu itu, Nassuruddin berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini, dan reaksinya positif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.